Secara umum, tempoh berpantang bagi wanita Melayu adalah antara 40 hingga 55 hari, dan tempoh bersalin bagi wanita Cina dan India ialah 30 hari. Dalam tempoh ini, setiap wanita yang baru bersalin wajib mengikut amalan berpantang seperti dilakukan sejak turun temurun.
Amalan kepercayaan dalam tempoh berpantang ini meliputi semua aspek kehidupan seharian seperti pemakanan dan minuman, berpakaian dan juga kebersihan diri.
Situasi dunia yang semakin maju dan pantas sedikit sebanyak mempengaruhi amalan berpantang ini. Bahkan ada sebahagian pasangan suami isteri yang mengambil ringan akan kepentingan amalan ini disebabkan faktor tiada pengetahuan dan tunjuk ajar, tiada kesedaran atau terlalu sibuk dengan urusan lain.
Bahkan ada juga yang tercari-cari bagaimana untuk menjalani amalan berpantang selepas bersalin ini terutamanya bagi mereka yang sudah tidak mempunyai ibu dan mertua lagi.
Atas kesedaran dan rasa cakna ini, kami di NH Limau Purut Confinement Resources telah mengambil inisiatif untuk membantu dengan menyediakan servis berpantang selepas kelahiran. Dengan mengamalkan kaedah tradisional dari segi rawatan, pemakanan dan penjagaan untuk para ibu agar kembali sihat dan segar seperti sebelum berkahwin.
Ini kerana pemakanan, rawatan dan penjagaan yang rapi amat penting apabila bagi si ibu dan anak agar benar-benar terjaga dan si ibu pulih dengan sempurna di samping si anak mendapat belaian sewajarnya.
NH Limau Purut Confinement Resources (003455138-X)